Bila rindu itu membelasah hatiku
Dan aku sunyi serta putus harap
Dalam gelap relung hati yang sempit
Dan sesak nafas yang merompak tenang jiwaku
Dan rohku yang lemah meminta nyawa
Setia tubuhku yang taat merempit kecewa
Aku gagahi jua
Memilih untuk berdoa
Kadang-kadang nafasku lelah dalam ombak rasa
Ribut yang meremuk rasaku
Mata dan fikir yang membinasa senyumku
Aku gagahi jua
Selangi nyawaku bersisa
Jika aku ini tiada makna
Mengapa lama aku di muka bumi ini
Jika tiada peluang untukku
Mengapa terus aku harus gagah
Olok-olok mendustai hatiku
Bahwa aku ini tega dan lasak
Yang padahalnya
Aku ini lemah dan layu
Kering dan gugur
Kontang dan haus
Aku ini seorang
Hanya seorang
Mencekalkan hatiku yang diamuk resah
Mempertahankan diriku yang dinista fitnah dunia
Sungguh sunyi ini buatkan aku takut
Dan resah ini buatkan urat semangatku putus
Sungguh aku rindu
Untuk mengisi ruang hatiku
Dengan sesuatu yang lebih bermakna
Dalam nilai syurga nan abadi
Wednesday, April 30, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Penulis:NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA LLB Hons(Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM) Peguambela&Peguamcara Perunding latiha...
-
"Solely belong to Allah S.W.T . Segala-galanya milik Allah. Gunakan potensi diri yang ada untuk menghidupkan agama di muka bumi ALLAH....
-
Alhamdulillah...Noor Raudhatul Jannah binti Ahmad Syamim,permata hati saya telah selamat lahir ke muka bumi Allah pd Khamis jam 5.44pg di...
-
Kepada yang berminat merancang mengadakan kursus motivasi pada tahun hadapan 2012 indoor mahupun outdoor,untuk pelajar sekolah,penuntut...
-
Bila rindu itu membelasah hatiku Dan aku sunyi serta putus harap Dalam gelap relung hati yang sempit Dan sesak nafas yang merompak tenang...
0 comments:
Post a Comment