Untuk jemputan ceramah korporat/training/seminar/forum/teambuilding call/sms 0133973652 ibs4training@gmail.com

Wednesday, April 30, 2014

Penulis:NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA

LLB Hons(Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM) 
Peguambela&Peguamcara
Perunding latihan/Penceramah di bawah bimbingan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,yang juga merupakan Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
www.excel-training.com.my
zulaila4@yahoo.com/03-89262501

(TERBITAN MAJALAH NONA DISEMBER)

Baru sahaja saya hendak melabuhkan punggung di kerusi pejabat selepas balik dari shooting mengacarakan Program 'Sahabat’ di TV9,tiba-tiba telefon berdering dan seorang wanita berusia akhir 40-an menghubungi saya.

”Saya ni dah 17 tahun kahwin..tapi saya nak tanya macam mana nak hilangkan rasa sakit di hati,rasa sesak,rasa macam beban dalam dada dan macam mana nak lupakan kepahitan yang kita lalui dalam rumahtangga?”

”Suami saya suka betul kumpul gambar-gambar lucah. Saya tengok nak termuntah, dia tengok,sedaplah. Dah berapa puluh ribu keping saya tak tahu. Lepas tu dia suruh saya tidur awal sebab nak tonton CD lucah pulak. Bukan setakat tu, sebelum ni dia ada ’affair’ dengan secretary dia, lepas saya dapat tahu,dia janji tak nak buat lagi, tapi nampak gayanya lepas setahun dia jadi ’baik’ sekejap, sekarang ni asyik memanjang balik lewat. Lepas tu tiap kali gaduh habis dia sepak terajang perut saya, kepala saya dah berapa kali kena hantuk kat dinding, muka saya memang dah selalu kena penampar”.

”Saya ni bangun jugak buat solat tahajjud, buat solat malam, nak mintak bagi rumahtangga kami ni bahgia, suami berubah jadi lebih baik, tapi tiap kali saya bangun nak sembahyang, kalau suami terjaga dari tidur, dia akan kata;

”Ala penat je u sembahyang, tunggang terbalik tapi u tu isteri derhaka, apa pun tak dapat, penat je dapat, u tau tak syurga kat bawah tapak kaki i? Kalau u ibadat banyak mana pun, i tak redho, neraka la tempat u..!!!.”

”Saya sedih sebab dia cakap saya isteri derhaka. Saya mengaku la memang la mulut saya jahat. Kadang-kadang saya melawan dia. Tapi saya jadi macam ni sebab dia jugak. 

Dia yang buatkan hidup saya dalam tekanan. 

Dera mental saya,dera fizikal saya. 

Saya derhaka ke kalau melawan dia sedangkan dia sepak terajang saya, bersedap-sedap dengan permpuan lain...saya kena taat jugak ke...???

KETAATAN ADA BATASAN

Bagi wanita yang telah berkahwin, maka syurganya di bawah tapak kaki suaminya. Segala ketaatan perlu dicurahkan sepenuhnya pada suami melainkan jika suami minta dia taat pada perkara-perkara yang diharamkan Allah, maka wajib dia menolak.

Sekalipun suami itu jahat,tetapi selagi suami tidak meminta isteri melakukan perkara-perkara haram & suami tidak menyakiti isteri zahir & batin, maka isteri tetap wajib taat pada suami.

Bertanyalah samada diri kita telah disakiti zahir & batin. Seandainya berlaku hal yang sedemikian,maka hak untuk bersuara itu wujud tetapi perlu melalui cara berhikmah dan bijaksana.

Berani berdepan dan berjumpa orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Perbetulkan niat bahawa bukan untuk mengaibkan suami tetapi untuk menyelamatkan rumahtangga dan setidak-tidaknya untuk meyelamatkan diri sendiri.

MEMIMPIN HINGGA KE DESTINASI

Suami yang baik adalah suami yang dapat memimpin isteri dengan cara yang diajarkan Rasullullah. 

Bayangkan kita memimpin seorang yang buta.Pimpin si buta tadi dari tempat kita terjumpa dia hinggalah ke tempat yang ingin ditujunya.

Jika dia ingin lintas jalan,kita pimpin dia dari seberang bahu jalan ke seberang bahu jalan yang satu lagi dan jangan pula kita tiba-tiba tinggalkan dia di tengah-tengah jalan tanpa sempat dia melintas.

Itu bukan memimpin.Ini lah kesilapan besar suami.Mereka mengarahkan untuk isteri membuat itu dan ini,menunjukkan hal ini salah dan hal itu betul,sedangkan mereka tidak memimpin isteri.

Mempimpin isteri adalah apabila suami isteri sampai ke destinasi yang sama yakni menuju kecintaan tuhan.

Suami membaiki diri & isteri membaiki diri. Memimpin bererti berjalan seiringan,bukan seorang di depan & bukan seorang di belakang,memimpin bererti berpegangan tangan seiringan, jatuh bangun bersama, tidak lari meninggalkan orang yang dipimpin bila berdepan gelora tsunami rumahtangga, juga bukan berharap isteri menjadi baik & taat, tetapi diri sendiri tunggang terbalik.

Dan bila isteri tersilap langkah,bila isteri kurang sempurna,kita cari wanita lain & kita labelkan isteri derhaka,sedangkan kita telah terlebih dahulu derhaka pada tuhan kerana gagal memimpin dengan baik.


SEMPURNAKAN HAK PASANGAN

Isteri minta suami untuk setia padanya, tetapi tanya diri kita adakah selama ini kita benar-benar setia pada Allah untuk laksanakan semua perintahnya tanpa jemu.

Suami pula minta isteri taat pada suami tetapi tanya diri adakah suami telah cukup taat pada Allah jika dia benar-benar mengharapkan ketaatan isteri kepadanya.

Kita menuntut hak masing-masing dan kita kecewa,sedih, pilu,sakit hati bila hak kita dikhianati, tetapi bagaimana dengan Allah bila hak-haknya kita khianati. 

Jadikan suami dan isteri kita sebagai jambatan untuk kita ke syurga.Baiki diri masing-masing. Jika selalau dipukul,bukan tunggu lagi untuk jadi hamba cinta, tapi luahkan pada orang terdekat yang boleh dipercayai,buat laporan polis.

Di dalam Islam, haram hukumnya suami memukul dengan kasar atau dgn tujuan menyakiti, haram menampar wajah dan haram meninggalkan kesan pada tubuh, apatah lagi jika disepak terajang.

Jika selalu didera mental dengan perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh yang suami lakukan, maka berusahalah untuk tetap berbuat baik dari tutur kata,perwatakan dan sangkaan-sangkaan dalam minda kita serta amalkan ayat kursi, surah Al-Anbiyak ayat 69, surah Yusuf ayat 4, surah Ar-Rad’ ayat 31 dan amalkan surah Ali-Imran ayat 26-27.

Niatkan agar suami dan diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik.Yang paling utama,sentiasa tunaikan hak Allah & sentiasa tunaikan hak suami tanpa memperhitungkan apakah hak-hak kita yang telah suami cabuli.

Bantu dia untuk ingatkan dia bahawa perbuatan-perbuatannya itu salah. Kadang-kadang bukan dia tidak tahu tapi dia terlupa...

Yakinilah apa yang kita beri hari ini dengan ikhlas, maka hasilnya akan kita tuai pada suatu masa nnti.

Bersabar & berusaha. Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts